Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

67 PERHIMPUNAN BULANAN JPA “SETULUS BUDI, MEMBINA PERTIWI” 1 JULAI 2019 AUDITORIUM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM K ita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang memberikan kita peluang dan hidayah, serta kesempatan kepada kita, berkumpul dalam Perhimpunan Bulanan JPA anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan dan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan yang telah menganjurkan majlis ini. Begitu juga syabas dan tahniah kepada kelab JPA yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan hari raya tahun Hijrah 1440 bagi meraikan warga JPA keseluruhannya. Kedua-dua majlis ini diadakan bertujuan untuk kita saling ingat-mengingati dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga JPA yang berjumlah hampir 2,000 orang. Saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA memandangkan hari ini kita masih berada di bulan raya iaitu 27 Syawal 1440 Hijrah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy