Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

65 Falsafah ini bakal menghalatujukan Perkhidmatan Awam ke arah Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat. Buku harapan berkaitan penjawat awam di Sabah akan menjadikan Sabah sebagai model masyarakat harmoni dari segi interaksi yang lebih baik antara semua pihak seperti masyarakat umum, mahasiswa dan penjawat awam. Ini termasuk membaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan melalui penyediaan penjawat awam yang terlatih seperti guru dan pegawai kesihatan. Pada masa yang sama nasib penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman akan terbela dengan penyediaan penjawat awam yang mampu menguruskan pendaftaran anak dan jurutera yang mampu mempelopori inisiatif penjanaan elektrik menggunakan tenaga matahari, mikro-hidro dan biogas. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya berbesar hati ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir. Agar dengan pertemuan kita ini, bukanlah merupakan pertemuan yang pertama dan terakhir malah bakal membuahkan hubungan yang baik antara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan negara ini terus cemerlang. Dibacakan serangkap pantun sebagai tanda ingatan. Puncak Kinabalu lambang sejati, Negeri nan indah di bawah bayu; Teguh integriti, tingkatkan produktiviti, Bersatu menjulang harapan baharu. Saya akhiri ucapan saya dengan kalimah wabillahi taufik walhidayah wassalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy