Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

64 YAB Perdana Menteri menyarankan kepada penjawat awam agar mempertingkatkan keupayaan dan pengetahuan dalam kalangan pentadbir agar dipandang tinggi oleh pelanggan dan masyarakat di samping melaksanakan tugas dengan pandangan yang jauh dan ilmu terkini. Penjawat awam juga diseru agar melaksanakan tugas dengan bersih, berintegriti, efisien dan bekerjasama berlandaskan undang-undang. Manakala Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) diwujudkan bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan rasuah. Ketua Jabatan harus menggalas akauntabiliti untuk menghapuskan rasuah dalam Kementerian/Jabatan masing-masing dan terdapat cadangan untuk memasukkan peruntukan mengenai kesalahan salah laku penjawat awam jenayah dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta menggunakan teknologi yang tinggi dalamurusan kerja supaya kerja lebih teratur dan cekap. Melalui semakan semula Rancangan Malaysia ke-11, beberapa usul telah dikemukakan untuk diambil tindakan iaitu: 1. Membangunkan kapasiti dan keupayaan penjawat awammelalui semakan semula polisi latihan dan pembangunan Polisi Latihan SumberManusia serta kerangka kepimpinanPerkhidmatanAwam yang baharu dengan memperkukuhkan institusi penyelidikan dan latihan seperti INTAN; 2. Menyediakan penilaian prestasi berdasarkan fungsi Kementerian dan Jabatan; 3. Meningkatkan pembangunankerjaya melalui sistem pengesanan bakat yang lebih telus berdasarkan merit; dan 4. Menambahbaik kebajikanparapekerjadenganmemperkenalkan pengaturan cara kerja fleksibel yang dapat mengimbangi kerja dan kehidupan penjawat awam. Falsafah Pembaharuan Sektor Awam (Public Service Reform) terbina daripada perkara iaitu organisasi berkeupayaan tinggi, modal insan holistik, penyampaian perkhidmatan proaktif dan budaya prestasi tinggi dan produktif.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy