Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

62 bertugas di sini sentiasa segar dalam ingatan saya. Dan kenangan itulah yang sebenarnya menarik saya ke sini. Bagi yang tidak mengenali saya, suka saya berkongsi pengalaman dengan para hadirin sekalian bahawa saya pernah bertugas sebagai Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah bermula 4 Februari 2015 hingga 4 April 2017 sebelum saya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 5 April 2017. Untuk makluman YBhg. Dato’ dan hadirin sekalian, walaupun saya dilantik sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Sabah tidak pernah jauh dari saya kerana di KKLW, saya tetap meninjau dan memantau projek-projek pembangunan luar bandar di Sabah. Dan kini, tanggal 13 Julai 2018, alhamdulillah, saya telah diberi kepercayaan untuk menerajui Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya juga dimaklumkan bahawa salah satu tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ialah sebagai pengerusi bersama Yang Berhormat Datuk Haji Hashim Paijan dalamMesyuarat Perhubungan Antara JPA dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Dalam konteks ini,PejabatPersekutuanSabahharusmenjadi penerajuperkhidmatan awam di Sabah agar jalinan kerjasama erat yang telah dibina antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat diperkukuhkan bagi memudahkan pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di negeri. Nampak gayanya, Sabah tidak mungkin akan menjadi kenangan kerana saya dan Sabah akan terus bergandingan bahu dalam menerajui Perkhidmatan Awam ke arah Malaysia Baharu yang lebih baik, insya-Allah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy