Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

61 LAWATAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM KE PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH 23 JULAI 2018 PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH Bismillahi Rahman Ar-Rahim. A lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapat juga saya kembali menjejak bumi Sabah yang penuh dengan keindahan semulajadi, kaya dengan warisan budaya, dilengkapi dengan penduduknya termasuklah penjawat awam Persekutuan yang berada di hadapan saya ini, yang ramah dan kuat bekerja. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada YBhg. Datuk Nor Rizan dan pegawai Pejabat Persekutuan Sabah atas sesi perjumpaan yang amat bermakna ini. Kata pujangga `hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah itu sentiasa hidup dalam kenangan’. Oleh itu, saya hadir di sini, bukan sahaja kerana tuntutan tugas tetapi kerana kenangan semasa saya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy