Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

59 Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah: 1. Cetakan Penyata Pencen; 2. Cetakan Surat kelulusan Faedah Persaraan; 3. Semakan Status Persaraan; dan 4. Terimaan permohonan: i. Kemaskini maklumat perkahwinan/penceraian; ii. Kemaskini maklumat anak; iii. Permohonan Pencen Terbitan bagi Kematian Dalam Persaraan; iv. Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah; v. Permohonan Pertukaran Akaun Bank; vi. Permohonan Pelantikan Wakil Skim A; dan vii.Pelantikan wakil diri untuk pesara/penerima pencen. Sungguhpun demikian, kaunter MyPesara ini tiada di negeri-negeri berikut: 1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Ibu pejabat JPA terletak di Putrajaya); 2. Selangor (Ibupejabat JabatanPerkhidmatanPersaraan,Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terletak di Cyberjaya, Selangor); 3. Sabah (JPAmempunyai cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan di Sabah); dan 4. Sarawak (JPA mempunyai cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan di Sarawak). Denganpemberianperkhidmatan terbaru ini olehJPAdankerjasama Pejabat-pejabat SUK Negeri, adalah diharapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pesara Kerajaan dapat dipertingkatkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy