Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

57 Sesi seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan kerjasama yang berterusan antara pengurusan sumber manusia di Agensi dan JPA serta urusan-urusan berkaitan sumber manusia dapat dilaksanakan selepas ini dengan lebih baik dan berkesan. PELANCARAN KAUNTER MYPESARA J abatan Perkhidmatan Awam (JPA), selaku jabatan yang bertanggungjawab ke atas pesara Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pesara Kerajaan. Satu medium hubungan rasmi dua hala, di antara Kerajaan dan pesara Kerajaan, telah diwujudkan yang dinamakan Majlis Permuafakatan Pesara (MPP). MPP merupakan: 1. platform perbincangan dan perundingan antara pihak Kerajaan dan pesara Kerajaan dalam mengutarakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan pesara; dan 2. sebagai saluran komunikasi Kerajaan untuk menyampai segala cadangan dasar dan perubahan baharu yang hendak dilaksanakan dengan mendapatkan pandangan, pendapat dan ulasan melalui wakil persatuan. Pesara Kerajaan, melalui persatuan pesara yang mereka sertai telah mengemukakan cadangan supaya diwujudkan kaunter perkhidmatan pesara di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri) bagi memudahkan mendapat khidmat nasihat dan panduan berhubung dengan hal ehwal persaraan. Cadangan ini dikemukakan mengambilkira: 1. Kesukaran untuk hadir ke JPA/KWAP; 2. Tidak mempunyai telefon pintar untuk akses MyPesara atau Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN); dan 3. Lebih selesa berurusan secara bersemuka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy