Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

3 PRA KATA Penyampaian Perkhidmatan Awam perlu ditambahbaik secara komprehensif dengan mengambil kira cabaran dan perubahan semasa, sama ada di peringkat global atau domestik mengikut ekspektasi pemegang taruh bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama. Penjawat Awam perlu sedar bahawa kita merupakan tulang belakang kepada pelaksanaan dasar dan program yang dirancang oleh pihak Kerajaan. Maka kebolehan kita perlu diperkukuhkan untuk mendakap arus perubahan dan sentiasa bergerak ke hadapan bagi memimpin agenda pembangunan negara. Peranan dan tanggungjawab perlu kekal sebagai fokus utama dalam memelihara kepentingan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan. Koleksi Teks Ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah diterbitkan adalah bertujuan untuk menghimpunkan koleksi teks-teks ucapan beliau sepanjang menerajui jawatan selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-23 mulai tempoh Julai 2018 sehingga September 2019.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy