Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

56 Untuk makluman YB, Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang sudi menjadi tuan rumah kepada program Sesi Libat Urus JPA Bersama Pengurus Sumber Manusia (HR Day) selepas Pejabat SUK Perak yang telah diadakan pada 29 dan 30 April 2019. Sepanjang tahun 2018 , JPA telah mengadakan sebanyak 17 siri sesi libat urus di kementerian dan jabatan persekutuan seperti JAKIM, RTM, JKN Selangor, Perhilitan, JKR, RELA, BOMBA, APMM, AADK, Jabatan Veterinar, JPJ dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP). Memandangkan program ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif daripada semua Agensi yang terlibat, ianya akan diperluaskan ke Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Beberapa sesi libat urus bersama PSM di Agensi-agensi di bawah pentadbiran PSUK telah dirancang di beberapa buah negeri yang lain, antaranya Selangor dan Pahang. Usaha ini bukan sahaja akan dapat membantu PSM di Jabatan dan Agensi mendapatkan pandangan yang jelas dan tepat ke atas segala isu-isu perkhidmatan yang dihadapi, malahan PSM akan dapat berkongsi ilmu bersama-sama pegawai di agensi masing- masing dalam memastikan pengurusan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Selain itu, dengan sesi sebegini, JPA akan dapat memahami cabaran-cabaran pelaksanaan dasar-dasar yang telah dikeluarkan dan bersedia untuk menambah baik peraturan sedia ada bagi memperkasakan pengurusan sumber manusia sektor awam. Bagi memantapkan kapasiti pengurus sumber manusia, JPA mulai tahun ini telah mengadakan beberapa siri bengkel HR Day bagi melatihpegawai-pegawai JPAdanpegawai dari jabatanpersekutuan / negeri sebagai HR Champion di jabatan masing-masing. JPA amat berharap dan berbesar hati di atas kesudian pihak SUK MELAKA menjadi SUK kedua pada tahun ini bagi program seumpamanya dan telah memberikan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesi ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy