Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

53 Awam. Di samping itu juga, ia akan menambah baik struktur, tadbir urus dan sistem dan prosedur Perkhidmatan Awam Dalam membangunkan prinsip kod etika yang perlu dipatuhi adalah: • Prinsip Pertama Taat Setia, Patriotisme, Keberkecualian ( Neutrality ) dan Kesaksamaan ( Impartiality ) • Prinsip Kedua Tadbir urus yang baik • Prinsip Ketiga Nilai-nilai murni SYMA adalah signifikan di dalam kehidupan kita. Frasa ini fokus kepada penyuburan nilai yang menjurus kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku yang mampan dan jitu namun sebenarnya satu bebanan yang berat untuk kita pikul. Ia tidak boleh dipisahkan dengan nilai Bersih, Cekap dan Amanah dan hendaklah dilaksanakan seiring dengan Perlembagaan Persekutuan, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam, Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan, Rukun Negara serta dasar mahupun pekeliling perkhidmatan yang berkuatkuasa. Kita perlu sentiasa berjanji untuk rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih, ikhlas, bersih dan cekap bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Signifikannya amanah ini sehingga Allah SWT memerintahkan dalam Al-Quran agar hambaNya sentiasa memelihara amanah yang diberikan. Amanah juga dilihat sebagai syarat berimannya seseorang dan juga menjadi pengukur kepada kemunafikan seseorang. Di akhirnya, pelaksanaan amanah yang kita pegang ini adalah penentu kepada jatuh dan bangunnya sesebuah negara yang berkait rapat dengan betapa kukuh dan cekap perkhidmatan awamnya. Culas dalammelaksanakan amanah akan mengakibatkan natijah yang merugikan. Ayuh sama-sama kita berusaha jalankanAMANAH! Sekian,Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu’alaikum w.b.t. Terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy