Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

52 Bagaimana kita perlu menyuburkan SYMAdalamdiri dan organisasi agar lebih mampan dan jitu? Agar kepercayaan terhadap Kerajaan dapat diraih semula? Di peringkat individu kita perlu menyemai nilai Bersih, Cekap dan Amanah (BCA). Nilai dan Etika Diri BCA. Kempen BCA bermula sejak April 1982 dan diteruskan sehingga sekarang. • Bersih tiada rasuah – tidak memihak kepada mana-mana atau berat sebelah, mementingkan diri, khianat atau dengki. • Cekap berkemahiran dan mampu melaksanakan tugas dengan baik – berani dan cepat buat keputusan, proaktif dan menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. • Amanah boleh dipercayai dalam menjalankan apa-apa tugasan yang diamanatkan. Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menyuburkan frasa SYMA dan nilai BCA di peringkat individu dan organisasi. Ia selaras dengan hasrat Datuk Seri Dr. Ketua Setiausaha Negara agar kita melihat dan mengkaji semula struktur, tadbir urus, sistem, peraturan dan polisi sedia ada. Antara inisiatif kita ialah melalui rasionalisasi, ekpektasi Kerajaan baharu, dan pengasingan kuasa. Tiada kejelasan peranan dan hubungan kerja ( demarcation ) yang khusus di antara anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam. Ia bagi mengawal tata kelakuan penjawat awam kecuali yang dinyatakan dalam perintah dan peraturan (merujuk kepada kes Pengarah Pelajaran, Wp & Ors V. Loot Ting Yee, Federal Court [1981] 1 Lns 186). Ini bagi memastikan Perkhidmatan Awam bersifat apolitical . Ia dapat menjelaskan kuasa, pengasingan kuasa, fungsi dan penandaan (demarcation) kuasa di antara Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam. Pada masa yang sama, ia akan menambahbaik asas governan dan integriti perkhidmatan awam. Pembaharuan Perkhidmatan Awam ( Public Service Reform ) adalah berobjektifkan bagi memberi menumpuan kepada fokus pembaharuan berdasarkan manifesto Kerajaan baharu (Janji 21, 19, 24). Ia adalah untuk mengurangkan kos, mengurangkan defisit fiskal, meningkatkan pendapatan serta mengawal saiz Perkhidmatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy