Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

51 Kepercayaan antara rakyat serta pemegang taruh terhadap institusi Kerajaan merupakan elemen utama yang menentukan teguh atau rapuhnya ikatan sesebuah masyarakat di sesebuah Negara. Mengapa kepercayaan ini penting? “AMANAH adalah menyamai amanat yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan KEPERCAYAAN bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya” Perbandingan antara Negara: 2018 Edelmen Trust Barometer Global yang menunjukkan hanya 46% responden Negara ini melahirkan tahap kepercayaan kepada institusi Kerajaan. Peratus tahap kepercayaan ini nyata jauh lebih rendah berbanding negara jiran kita Singapura yang mencatatkan tahap kepercayaan 65% dan Indonesia pada tahap kepercayaan 73%. Perbandingan antara Sektor: Tahap kepercayaan rakyat kepada Kerajaan rendah berbanding Badan Bukan Kerajaan, sektor perniagaan dan media. Persepsi Rasuah: Corruption Perceptions Index 2017 menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 62 daripada 180 negara setaraf Cuba. Rekod terburuk sejak tahun 2012. Ekonomi: Korelasi positif antara kepercayaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan korelasi negatif antara kepercayaan dan jurang pendapatan (income inequality). Maklumat ini didapati dari sumber: Government At a Glance 2013 Trust in government, policy effectiveness and the governance agenda OECD Report. Kesan daripada ketidakstabilan politik dan ekonomi akan mendorong rakyat cenderung memikirkan kepentingan sendiri dan bukan untuk kemaslahatan Negara (anarchism) . Beberapa siri krisis kewangan menyaksikan ramai pelabur luar menarik diri yang menyebabkan peluang pekerjaan rakyat kurang secara drastik. Akibatnya, pengangguran yang tinggi menggugat kesejahteraan hidup rakyat. Rakyat mengambil jalan mudah bagi memenuhi keperluan hidup yang mendesak seperti tidak patuh kepada undang-undang atau dasar yang digubal Kerajaan. Kadar jenayah meningkat semasa Negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1980an dan 1997.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy