Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

50 melaksanakan amanah yang diberi. Prinsip ini membawa maksud ketaatan yang bukan membuta tuli akan tetapi berlandaskan “keluhuran perlembagaan” yang ditetapkan di dalam Perlembagan Persekutuan di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong termasuk semua peraturan yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Menggantikan frasa SYMP kepada SYMA, bukanlah bermaksud frasa SYMP itu tidak relevan dalam konteks perkhidmatan awam. Namun, makna di sebalik frasa tersebut sering disalah tafsir dan hasrat asal di sebalik frasa SYMP itu kurang dihayati. Frasa SYMP hidup dalam frasa SYMA. Frasa SYMA merupakan kesinambungan daripada frasa SYMP yang mana kita perlu sentiasa berjanji untuk rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih, ikhlas, bersih dan cekap bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Frasa ini membawa fokus menyemai perubahan nilai diri yang akhirnya membawa perubahan pemikiran dan tingkah laku yang diharapkan iaitu: 1. Rela dan berusaha menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan. 2. Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi. 3. Sifat amanah merupakan nilai asas yang perlu ada pada setiap penjawat awam dalam menjalankan tugasnya agar setiap kerja atau Perkhidmatan yang dihasilkan bermutu tinggi. 4. Menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy