Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

46 Bagi mendepani cabaran tersebut, saudara dan saudari perlu bangkit dan membina kekuatan untuk menentukan masa depan yang lebih cerah. Saya percaya bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Melalui ilmu juga dapat membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Saya pasti semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan. Dalam menempuhi era globalisasi pada hari ini memerlukan saudara dan saudari menggunakan daya fikir tinggi dan seterusnya mempunyai modal intelektual tinggi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif juga perlu terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Revolusi ini ternyata mengubah cara bekerja dan hidup kita. Revolusi ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biological. Revolusi Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, Industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi. Bagi mendepani cabaran ini, kita perlu keluar dari kebiasaan dan zon selesa. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti usahlah leka berdiam diri. Perlu sentiasa bersikap positif dan bijak mencari dan memanfaatkan peluang yang ada. Doa saya buat semua, semoga kejayaan sentiasa mengiringi saudara dan saudari. Akhir kata, sebagai salah satu agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam usaha untuk membangunkan modal insan negara, JPA berharap supaya melalui penajaan yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy