Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

45 semangat cinta pada negara dan perasaan ingin menyumbang kembali khidmat bakti pada negara tercinta. Untuk menjadi negara maju setanding dengan negara berkuasa besar pada masa kini, kita bukan sahaja perlu mengorak langkah ke hadapan dari aspek kemajuan ilmuwan dan teknologi malahan juga dari aspek kualiti dalaman diri kita sendiri. Sesungguhnya, banyak nilai murni yang perlu disemai dan dipupuk dalam jiwa masing- masing supaya akan tetap cekal dan tabah dalam mendepani apa jua cabaran pada masa hadapan. Justeru, saudara dan saudari perlu sentiasa menyematkan dalam diri nilai-nilai murni agar menjadi amalan berterusan dan menjadi sebahagian daripada diri saudara dan saudari sekalian. Dalam menghadapi alaf baharu iaitu abad ke-21, saudara dan saudari terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika. Thomas Friedman dalambukunya TheWorld Is Flat: ABrief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Manakala Alvin Toffler pula dalam bukunya Power Shift: Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The 21st Century menyatakan bahawa ‘the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.’ Pandangan ini adalah sangat releven dan perlu diberi perhatian dalam usaha Malaysia ke arah menuju negara berasaskan ekonomi digital. Saudara dan saudari seharusnya memperkukuhkan diri dengan kemahiran berkolaborasi, berkomunikasi dan penyelesaian masalah. Kemahiran-kemahiran ini adalah sangat penting bagi mengharungi cabaran abad ke-21 dan ianya mampu dipelajari melalui pendidikan sosial dan emosi ‘Social and Emotional Learning (SEL)’.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy