Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

44 untuk diamalkan? Why is integrity, such a simple word, yet so complicated to be adhered to? Adakah kerana definisi integriti itu sendiri berbeza-beza pada setiap individu atau organisasi. Atau sememangnya fitrah manusia tidak menyukai sesuatu elemen yang mengawal dan memantau. Tahun 2020 semakin hampir, namun usaha pembentukan mentaliti kelas pertama terutamanya aspek dalam integriti di kalangan warga Malaysia masih sukar untuk bergerak sepantas dengan kepesatan pembangunan fizikal infrastruktur Negara. Jangan mengambil jalan mudah mencapai hasrat dan kepentingan diri. Ini kerana sesuatu yang diperoleh dengan cara yang tidak jujur maka akan hilanglah keberkatannya dan ianya pasti tidak akan kekal lama. Percayalah kejayaan yang diperoleh dengan hasil titik peluh dan keringat saudara dan saudari akan lebih manis dirasa dan akan lebih kekal lama. Bentuk sifat integriti yang kukuh dan seterusnya ia akan dapat membentuk peribadi unggul dan menjadi salah satu asbab untuk dihormati tidak kira di mana kita berada. Tahniah atas kerja keras saudara dan saudari hingga mencapai pencapaian akademik yang cemerlang. Jangan pernah lupa tujuan dan matlamat saudara dan saudari berada di sini. Tujuan utama adalah untuk menimba ilmu sebanyak mungkin agar dapat menyumbang kembali kepada negara dan berkhidmat untuk rakyat setelah tamat pengajian kelak. Perlu rasa bersyukur kerana peluang penajaan yang diberikan untuk melanjutkan pengajian di sini. Jangan mensia-siakan peluang yang diberikan dan jangan hampakan amanah rakyat kepada saudara dan saudari. Saudara dan saudari perlu berasa bertuah kerana ada ramai lagi pelajar di luar sana yang tidak berpeluang mendapat penajaan pembelajaran ini. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dan seterusnya membentuk jati diri yang cintakan negara dan sentiasa bersedia untuk menabur bakti kepada negara kelak. Tanamkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy