Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

43 Tahniah di atas usaha gigih saudara saudari dalam memastikan pencapaian akademik saudara saudari berada di tahap yang membanggakan dan semoga suadara saudari berjaya menamatkan pengajian dengan mencapai ijazah kepujian kelas pertama. Walaubagaimanapun pada masa kini, pencapaian akademik yang cemerlang bukan jaminan untuk mendapat kerjaya yang diidam- idamkan kerana persaingan pekerjaan pada masa kini adalah sangat sengit. Maka saudara dan saudari perlu melengkapkan diri dengan sifat kendiri yang unggul dan berdaya saing agar tidak ketinggalan dalam merebut peluang kerjaya yang baik kelak. Saudara dan saudari perlu membuktikan kepada semua bahawa bakat saudara dan saudari tidak terhad kepada pencapaian akademik sahaja bahkan juga dari segenap aspek. Dalam arus moden dan serba pantas ini, seharusnya saudara dan saudari perlu lebih proaktif dalam menentukan hala tuju kerjaya saudara dan saudari selepas tamat pengajian. Saudara dan saudari perlu lebih peka dengan tuntutanmodal insan yang diperlukan serta mempersiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Penerapan sikap Kaizen (penambahbaikan berterusan) dalam diri masing-masing perlu ada dalam apa jua perkara yang dilakukan. Pastikan setiap tugasan yang diberikan mampu dilaksanakan dengan kualiti yang terbaik . Sebagai contoh, negara Singapura juga telah melaksanakan inisiatif SkillsFuture di mana ia memfokuskan kepada pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kemahiran selaras dengan persaingan dalam arus moden masa kini. Inisiatif ini meluaskan lagi definisi bakat . Di mana ia merangkumi segala aspek pencapaian bakat yang ada pada seseorang pelajar itu. Inisiatif ini juga dilihat dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan industri kerjaya pada masa kini. Kenali potensi dan bakat masing-masing agar dapat digunakan sebaiknya pada masa akan datang. Sifat integriti yang mantap wajar ditanam dalam diri masing- masing. Integrity is never easy . Mengapa integriti sangat susah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy