Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

42 ilmu sememangnya signifikan dalam membangunkan sebuah peradaban suatu bangsa. Antara tokoh ilmuwan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina dan Al-Biruni. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang kaya dengan ilmu. Ambil peluang penajaan yang diberikan ini untuk menggali ilmu secukupnya bagi menyumbang kepada pembangunan negara kelak. Jika disusuri susur galur salasilah sejarah ketamadunan dahulu, sesuatu bangsa itu dapat dimartabatkan melalui ilmu pengetahuan dan menjadi harta yang dapat menyuluh jalan kehidupan ke arah yang lebih cemerlang di masa hadapan. Demi menghadapi cabaran-cabaran alaf baru, saudara dan saudari perlu mempunyai pemikiran serta sikap yang proaktif dalam menimba ilmu dan tidak hanya mengharapkan sesi pembelajaran dalam bilik kuliah sahaja. Inilah yang dinamakan konsep Heutagogy iaitu self-directed learning. Saudara dan saudari juga seharusnya mengamalkan Kaedah Bloom’s Taxonomy di mana tujuan pembelajaran bukan setakat untuk mengingat sahaja tetapi untuk mencipta sesuatu yang baharu berdasarkan ilmu tersebut. Ini sudah pastinya akan melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif bagi menyumbang kepada pembangunan mapan negara pada masa hadapan. Justeru itu, adalah diharapkan supaya saudara dan saudari menggunakan peluang penajaan yang diberikan sebaik mungkin dengan belajar bersungguh-sungguh serta membina bakat yang ada sekaligus menjadi modal insan yang terbaik menabur bakti kepada masyarakat, bangsa dan negara. Ribuan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian mereka setiap tahun. Pada tahun 2017, seramai 3,700 orang graduan daripada pelbagai bidang telah memperolehi ijazah kelas pertama. Bersama-sama saya hari ini merupakan pelajar cemerlang tajaan JPA yang telah berjaya memperoleh pencapaian dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan antara 3.67 hingga 4.00 pada semester lepas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy