Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

39 Pelaksanaan kedua-dua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan Belanjawan 2019 ini adalah kritikal dengan keadaan trend ekonomi dunia yang semakin mencabar. Di sini saya ingin mengingatkan pelaksanaan perancangan perlu efisien dan efektif. Di dalam era Revolusi Perindustrian Keempat, kita sebenarnya bergerak melawan masa, di sini perlu adanya a sense of ownership and a sense of urgency in the hearts of all civil servants at all levels. Saya begitu gembira melihat begitu ramai warga Perkhidmatan Awam membanjiri auditórium INTAN pada hari ini. Ini merupakan satu manifestasi sokongan padu kepada kedua-dua dokumen ini. Oleh yang demikian, saya berharap pelaksanaan Tonggak, Fokus, Strategi bagi mencapai sasaran terpilih yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan dapat disempurnakan dengan jayanya. Saya amat berharap agar para hadirin mendapat manfaat yang baik daripada forum kita pada hari ini dan meuar-uarkan semua dapatan daripada forum ini kepada rakan-rakan yang lain yang tidak dapat hadir pada hari ini. Akhir kata, marilah kita mengimbau kata-kata YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika merasmikan kampus INTAN ini 34 tahun yang lepas, yang saya kira masih relevan iaitu: “Dalamanalisa yang akhir yangmembezakan seseorang anggota awam yang baik dengan yang tidak baik ialah rasa peri kemanusiaan untuk berkhidmat kerana sedar dan insaf akan tanggungjawab yang diberi kepadanya.” Oleh yang demikian para hadirin, marilah kita bersungguh-sungguh menjayakan pelan perancangan kita ini, Insya-Allah, Malaysia akan kembali semula mengaum sebagai Harimau Asia di persada antarabangsa. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Forum Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan Pasca Bajet 2019. Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu disandarkan atas kelemahan diri kita sendiri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy