Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

38 menganjurkan Majlis ilmu sebegini, dan berharap para hadirin akan sentiasa menyokong dan mendokong usaha murni INTAN untuk mendidik dan memartabatkan Perkhidmatan Awam. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan panel yang sudi hadir pada hari ini, yang saya kira sebagai the movers and shakers of economic policy di Malaysia iaitu : 1. Puan Zakiah bt Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (Makro), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia; 2. Encik Johan Mahmood Merican, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia; 3. Professor Emeritus Dr. Zakariah bin Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif Malaysian Institute of Economic Research (MIER); dan tidak dilupai juga 4. Puan Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan Awam selaku moderator. Kedua-dua dokumen iaitu, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-1 1 dan Belanjawan 2019 merangkumi usaha Kerajaan Malaysia Baharu dalam memperkukuhkan agenda pembangunan Negara dengan memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat . Terdapat pelbagai perkara penting yang telah diutarakan di dalam kedua-dua dokumen ini, tetapi izinkan saya untuk menarik perhatian para hadirin kepada perkataan reformasi tadbir urus. Penekanan kepada reformasi tadbir urus oleh Government of the day dalam kedua-dua dokumen ini merupakan satu peringatan dan juga satu jaminan perlindungan kepada kita semua. Peringatan kepada segelintir mereka yang alpa supaya perlu kembali semula ke pangkal jalan. Sebaliknya yang lebih penting, menjadi jaminan perlindungan kepada majoriti kita yang melaksanakan tugas dengan amanah, agar dapat melaksana tugas dan tanggungjawab tanpa rasa takut atau cenderung kepada mana-mana pihak berkepentingan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy