Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

35 Penjawat awam hendaklah memperkasakan Perkhidmatan Awam melalui penyampaian perkhidmatan holistik berlandaskan rule of law yang menekankan aspek kualiti dan integriti selari dengan hasrat Kerajaan. Perasaan dan tanggapan bahawa mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi keperluan diri sendiri untuk mendapat upah atau ganjaran hendaklah dikikis tetapi sebaliknya semangat bekerja bagi faedah negara dan rakyat keseluruhannya hendaklah ditanamkan di jiwa semua. Tiada cabaran yang tidak dapat kita tempuhi, tiada halangan yang dapat menyekat kita untuk terus berdaya saing. Sebaliknya terus bekerjasamamencari ruang kosong yang boleh diperbaiki sekaligus dapat memantapkan penyampaian perkhidmatan selaras hasrat Kerajaan yang mahu melaksanakan reformasi terhadap tadbir urus perkhidmatan awam . MBK merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan awam dan merupakan tempat di mana pihak pekerja boleh menyuarakan pendapat terhadap pihak pegawai serta bersama-sama mencetuskan idea terbaik dalam menyelesaikan masalah yang bersifat holistik. Semua pihak harus berganding bahu dalam mempertingkatkan produktiviti, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta mengukuhkan imej sektor awam . Semoga setiap pekerjaan kita mendapat keberkatan Ilahi, diberi ganjaran kebaikan dan kesejahteraan kepada kita, keluarga kita, bangsa dan negara. Saya berharap mesyuarat hari ini akan berjalan dengan lancar dan penuh permuafakatan demi memartabatkan Perkhidmatan Awam secara keseluruhan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy