Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

34 Ganjaran dan penghargaan yang telah diberikan Kerajaan perlu diselarikan dengan usaha, komitmen, prestasi dan peningkatan produktiviti supaya Perkhidmatan Awam sentiasa di hadapan. Sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul bersama. Walau sebesar mana cabaran yang kita hadapi dalam era globalisasi dan teknologi maklumat yang sentiasa berubah tanpa kita sedar, kita sebagai penjawat awam seharusnya tidak mudah mencari dan memberikan alasan yang mampu merencatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Nilai-nilai murni perlu sentiasa menjadi amalan dalam perkhidmatan yang diberikan supaya integriti dan produktiviti penjawat awam dapat ditingkatkan bagi mengembalikan kepercayaan Kerajaan dan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy