Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

33 Ini menunjukkan segala usaha yang dilaksanakan Kerajaan merupakan usaha yang membawa kebaikan kepada negara dan rakyat khususnya serta turut membawa kepada pengiktirafan di mata dunia. Sebanyak RM314.5 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2019 yang dibentangkan pada 2 November 2018 dengan 29.1% adalah perbelanjaan emolumen yang merupakan pecahan perbelanjaan yang tertinggi. Bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi, Kerajaan juga telah mencadangkan pelbagai inisiatif baharu khususnya melibatkan program di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan ke arah menjadikan Malaysia destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi. Penghargaan dan tanda terima kasih Kerajaan kepada perkhidmatan awam turut dinyatakan dalam Bajet 2019 dengan memberikan insentif melalui bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah dan RM250 kepada pesara Kerajaan. Bayaran tersebut akan diberikan sebelum hujung tahun 2018. Selain itu, Kerajaan melalui Bajet 2019 juga turut memberikan insentif lain kepada penjawat awam merangkumi: 1. Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang menerima pencen kurang daripada RM1,000 sebulan, untuk yang berkelayakan; 2. Memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak (contract of service) warganegara; 3. Memanjangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan kepada penjawat awam yang bukan beragama Islam bagi tujuan menjalankan aktiviti keagamaan; dan 4. Memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy