Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

32 Malaysia berdepan dengan cabaran dan kekangan kewangan yang memerlukan komitmen pelbagai pihak dalam menyokong usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul. Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) 2016 – 2020 oleh YAB Perdana Menteri telah menyatakan beberapa perkembangan positif Malaysia bagi tahun 2016 – 2017 seperti Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita pada harga semasa meningkat pada kadar 6.7%; dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang sebanyak 5.1% setahun dalam suasana inflasi pada kadar purata 2.9%. Dalam pembentangan tersebut juga YAB Perdana Menteri telah menggariskan 6 tonggak utama untuk dilaksanakan dalam tempoh 2018 – 2020 bagi meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat iaitu: 1. Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam; 2. Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat; 3. Menuju ke arahpembangunanwilayah yang seimbang; 4. Memperkasa modal insan; 5. Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau; dan 6. Memperkukuh pertumbuhan ekonomi. Tonggak pertama yang digariskan adalah merujuk kepada perkhidmatan awam dengan menetapkan empat (4) keutamaan iaitu: 1. Menambah baik tadbir urus pada semua peringkat; 2. Meningkatkan integriti dan akauntabiliti; 3. Menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan kewangan awam secara berhemat; dan 4. Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy