Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

31 pandangandanpendapat supaya hasil perbincanganmenerusi MBK dapat direalisasikan untuk manfaat dan kepentingan perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Hubungan baik, sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak pegawai dan pihak pekerja wajar dipelihara dan dikekalkan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Perkhidmatan awammerupakan nadi kepada pentadbiran sesebuah Kerajaan dan kepercayaan Kerajaan terhadap perkhidmatan awam adalah penting bagi memastikan setiap aspirasi dan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Edelmen Trust Barometer 2018, Indeks Kepercayaan (Trust Index) terhadap Perkhidmatan Awam Malaysia hanya 46% berbanding Indonesia yang memperolehi 73% dan Singapura memperolehi 65%. Penjawat awam perlu meningkatkan usaha bagi mengembalikan kepercayaan Kerajaan dan rakyat terhadap perkhidmatan awam. Penjawat Awam juga perlu sentiasa bersifat neutral dan tidak terpengaruh dalammana-mana agenda politik kepartian sebaliknya fokus kepada tanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan terus setia kepada raja, negara dan kerajaan yang dipilih. Kerajaan telah bersetuju menggantikan frasa “Saya Yang Menurut Perintah” kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah” berkuat kuasa pada 20 September 2018 sejajar dengan hasrat supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Dalam konteks ini, amanah bermaksud: Rela dan berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan; dan mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada sendiri, rakan dan organisasi. Kita perlu memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa selari dengan agenda pembangunan negara untuk memposisikan negara di dalam kelompok terbaik dunia demi kesejahteraan rakyat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy