Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

30 5. Encik Awis bin Puteh; 6. Encik Mohd Rahim bin Abd Wahid; 7. Encik Zainal bin Abd. Ghaffar; dan 8. Encik Osman bin Romeli. Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir mesyuarat pada hari ini dan berharap supaya semua ahli mesyuarat dapat berbincang dalam suasana yang tenang dan mesra berprinsipkan kepada permuafakatan bagi menghasilkan keputusan yang jitu dan bermanfaat kepada semua pihak. MBK merupakan inisiatif Kerajaan bagi membentuk hubungan majikan-pekerja melalui perbincangan yang berkesan di antara pihak pekerja dan pihak pegawai.MBKmemainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi Perkhidmatan Awam . Sebagai rakan kongsi dalam memantapkan penyampaian Perkhidmatan Awam, ahli-ahli MBK boleh memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan secara umum dan bukan perkara khusus yang melibatkan seseorang individu. Isu-isu yang berbentuk operasi, pelaksanaan dan lokaliti sewajarnya dibincang, diurus dan diselesaikan di peringkat jabatan melalui pelbagai platform termasuklah melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Kertas kerja yang dibentangkan perlulah spesifik, boleh diukur, tepat, realistik, bersesuaian dengan masa/keadaan (SMART) dan mempunyai impak ke arahmeningkatkan produktiviti serta disokong oleh data yang terperinci merangkumi implikasi kewangan. Ini dapat membantu ahli mesyuarat untuk memahami isu yang diutarakan dengan jelas dan keputusan yang tepat dapat dibuat. Pihak Pekerja dan Pihak Pegawai perlu sentiasa bekerjasama dan memberi fokus kepada perkara dasar dengan melontarkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy