Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

28 Untuk lulus dalam Program DPA dan seterusnya dilantik menjadi PTD, saudara dan saudari perlu mencapai prestasi yang cemerlang bagi kedua-dua penilaian komponen akademik dan juga komponen pembangunan sahsiah. Pihak INTAN tidak akan teragak-agak untuk menamatkan peserta yang didapati tidak mencapai tahap yang ditetapkan tanpa mengira latar belakang dan status saudara dan saudari. Oleh itu, janganlah ambil mudah dan melanggar peraturan- peraturan yang ditetapkan sepanjang sepuluh (10) bulan ini. Selamat maju jaya saya ucapkan dan semoga saudara dan saudari sentiasa mempunyai momentum yang tinggi untuk terus mencipta kecemerlangan, berfikiran positif dan terbuka serta memberi sepenuh komitmen bagi memastikan saudara dan saudari lulus dengan jayanya dalam Program DPA ini. Marilah bekerja sebagai satu pasukan yang saling menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing. ‘Teamwork makes the dream work’. Akhir kata, saya mendoakan agar apa sahaja usaha yang kita lakukan untuk merealisasikan pelaksanaan Program DPA INTAN diberkati Allah s.w.t. dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang kelak. Insya Allah. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Modul Integrasi Kumpulan (G.I) bagi Program DPA INTAN Tahun 2019.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy