Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

27 akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan tetapi juga oleh pegawai serta kakitangan di bawah seliaan saudara-saudari sekalian. Kita perlu menjadi role model yang bagus bukan sahaja kepada penjawat awam yang lain tetapi kepada masyarakat juga. Pegawai yang berdisiplin tinggi sudah pasti akan menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Masyarakat sentiasa mengharapkan perkhidmatan yang cekap, pantas dan terbaik diberikan kepada mereka. Perlu diingat, kita akan bertugas untuk kepentingan masyarakat dan dalam masa yang sama juga, mereka memerhati setiap tindak tanduk dan tingkah laku kita sebagai pegawai kerajaan. Bak kata John F. Kennedy, Presiden Amerika ke-35 pernah berkata : “Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country’’. Ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan saudara dan saudari hendaklah dijaga dengan baik. Konsep “All for one, one for all” yang diterapkan dalamDPAhendaklah dihayati sebaiknya. Inilah kesatuan jaringan rakan sekerja yang suatu masa nanti akan memudahkan urusan saudara dan saudari. Bukan untuk disalahgunakan demi kepetingan diri atau sesiapa tetapi bagi memastikan agenda kerajaan berjaya dicapai. Setiap peserta hendaklah memberi sumbangan idea serta tenaga dan tidak menjadi beban kepada rakan yang lain dengan hanya menjadi passenger sahaja sepanjang mengikuti program ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy