Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

26 Program ini telah dikendalikan oleh INTAN selama 42 tahun mulai 1977 dan telah melahirkan ramai tokoh pemimpin perkhidmatan awam yang berwibawa, cemerlang, berintegriti serta banyak menabur jasa kepada negara dan rakyat. Justeru, Program DPA ini merupakan langkah permulaan perjalanan saudara dan saudari untuk bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saudara dan saudari hendaklah memberikan sepenuh komitmen serta berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dengan cemerlang dalam Program DPA ini. Sepanjang menjalani Program DPA ini, saudara dan saudari akan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi seorang PTD yang berkaliber . Jangan sempitkan pemikiran dengan hanya menumpukan kepada bidang atau ilmu yang diminati sahaja, sebaliknya lihatlah daripada pandangan yang lebih luas dengan meneliti kemahiran-kemahiran baharu yang boleh dipelajari. Buang dan ubah sikap lama yang tidak murni dan terapkan perubahan-perubahan yang positif sepanjang berkursus. Suka saya mengingatkan akan ekspektasi Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam supaya komponen pembangunan sahsiah diberi penekanan utama dalampenilaian ProgramDPA INTANselain daripada komponen akademik. Ini kerana, aspek pembentukan peribadi serta jati diri merupakan elemen yang amat penting dalam melahirkan seorang pegawai yang berperibadi unggul . Segulung ijazah yang saudara dan saudari perolehi hanyalah sebagai tiket untuk memasuki program ini. Tidak dinafikan rata-rata dari kalangan saudara saudari mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dari dalam negara mahupun luar negara malah saya dimaklumkan bahawa terdapat empat (4) orang peserta yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam kumpulan ini. Namun akhirnya, aspek sikap dan sahsiah yang terpuji menjadi penentu kejayaan saudara dan saudari baik dalam Program DPA mahupun sepanjang karier saudara -saudari sebagai PTD. Apatah lagi, sekiranya saudara-saudari terpilih untuk menyertai skim perkhidmatan PTD dan akan ada sebilangan yang bakal mengisi jawatan-jawatan strategik di Kementerian/Jabatan/Agensi kelak. Kredibiliti serta perilaku saudara dan saudari sebagai pemimpin

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy