Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

25 MAJLIS PERASMIAN MODUL INTEGRASI KUMPULAN (GROUP INTEGRATION) BERSAMA-SAMA PESERTA PROGRAM DPA INTAN TAHUN 2019 7 JANUARI 2019 (ISNIN) KEM LAMBAIAN DANAU, JASIN, MELAKA T erima kasih kepada pihak INTAN atas kesudian mengundang saya untuk hadir ke sesi interaksi padamalam ini bersama-sama dengan peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2019 dan seterusnya merasmikan Modul Integrasi Kumpulan (G.I) ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara dan saudari kerana berjaya melepasi beberapa peringkat saringan awal yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga terpilih untuk mengikuti Program DPA INTAN yang dibangunkan secara komprehensif khusus untuk melahirkan bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang kompeten, mempunyai personaliti unggul serta mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy