Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

22 ucapan terima kasih kepada semua di atas usaha melaksanakan dan merealisasikan Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus bagi Pegawai- pegawai di KKM. KKMmerupakanantarayangterawalberjayamendapatpengiktirafan Pegawai SME oleh Kerajaan selepas pekeliling SME berkuat kuasa. Tahniah diucapkan! 20 pegawai SME ini yang terdiri daripada : • 10 Pegawai Sains • 2 Pegawai Optometri • 3 Pegawai Dietetik dan • 5 Pegawai Pemulihan Perubatan 13 bidang dan 24 sub bidang SME telah diluluskan bagi KKM, dan pengisian pegawai SME ini melibatkan 10 bidang dan 15 sub bidang. Besar harapan Kerajaan dan Perkhidmatan Awam untuk melihat kejayaan (success story) Pegawai SME sama ada di peringkat Nasional dan Antarabangsa. SME merupakan aset kepada Negara. Jesteru, Pegawai SME melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang. Adalah diingatkan sepanjang berada di laluan SME ini, Pegawai akan dinilai prestasi kepakarannya oleh Ketua Perkhidmatan disamping pelaksanaan tugasan hakiki yang akan dinilai oleh Pegawai Penilai Pertama. JPA sentiasa bersedia membantu pihak Jabatan mahupun Pegawai SME di dalam memastikan kelancaran pelaksanaan laluan ini. Sekali lagi, saya mengucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada 20 Pegawai SME KKM ini. Saya berharap agar semua yang diraikan hari ini mengekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen dalam laluan SME serta terus mendokong usaha Kerajaan untuk mencapai taraf Negara Maju 2025.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy