Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

19 akademik, menarik diri atau masalah disiplin, maka tuan-tuan akan dikenakan tindakan penalti dan tuntutan gantirugi. Tuan-tuan juga mesti tahu bahawa apabila tamat pengajian kelak, tuan-tuan perlu menyempurnakan ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian tuan-tuan kelak. Jauh di sudut hati saya, saya amat berharap dan berdoa agar semua yang ada di hadapan saya ini akan berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya dan Graduate On Time. Bacalah panduan dalam ‘kit’ yang disediakan dan ingatlah isi kandungan taklimat yang disampaikan sepanjang hari ini. Semoga dengan persediaan yang baik membolehkan proses pengajian tuan- tuan berjalan lancar demi menggenggam segulung skrol di akhir pengajian nanti. In Shaa Allah. Jadi, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada tuan-tuan yang telah ditawarkan HLP dan CBBPTB untuk sesi kali ini, dan selamat maju jaya. Maka dengan ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Amanat Kepada Penerima Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Bagi Sesi 2019.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy