Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

18 6. Penjawat awam harus bersatu, ikhlas dan berfikir secara terbuka untuk melaksanakan perubahan agar perkhidmatan awam menjadi satu institusi yang disegani. Peliharalah keharmonian dalam keterujaan membuat pembaharuan dan perubahan. Majlis taklimat pada hari ini saya kira sangat penting kerana ianya merupakan platform bagi tuan-tuan dan puan-puan mendapat pendedahan awal mengenai persediaan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pengajian seawal bulan September tahun ini. Sepanjang tempoh pengajian, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kita adalah penjawat awam yang masih berkhidmat dan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. Disiplin dan etika penjawat awam hendaklah sentiasa didokong walau di mana berada. Walaupun bergelar pelajar, namun sebagai penjawat awam, kita hendaklah peka terhadap perkembangan yang berlaku di dalam urusan pentadbiran Kerajaan, ekonomi negara dan dunia, perkembangan sosial termasuklah perkembangan sektor perkhidmatan awam itu sendiri. Sebagai penjawat awam, kita perlu sedar bahawa kita merupakan tulang belakang kepada pelaksanaan dasar dan program yang dirancang oleh pihak kerajaan. Maka kita harus memegang kepada lima prinsip yang sangat penting iaitu Berilmu, Kebolehpercayaan, Budaya Amalan Kerja Terbaik, Semangat Patriotik dan Budaya Keberhasilan yang berteraskan ‘Outcome Based’ . Saya yakin, jika tuan-tuan dan puan-puan berjaya memegang kepada lima prinsip ini di samping peluang pengajian yang telah diberikan, maka lebih kukuhlah kebolehan kita untuk mendakap arus perubahan dan sentiasa bergerak ke hadapan memimpin agenda pembangunan negara. Sebelumsaya akhiri ucapan saya, saya inginmengingatkan sekali lagi bahawa tuan-tuan perlu menamatkan pengajian dengan jayanya. Harus diingat, mana-mana pegawai yang gagal menamatkan pengajian dengan jayanya sama ada atas sebab kelemahan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy