Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

17 Renungkanlah, betapa besarnya jumlah wang rakyat yang dibelanjakan bagi membiayai seorang pegawai di bawah program HLP. Sewajarnya, kita wajib bersyukur dan memanfaatkan sepenuhnya Hadiah Latihan yang diberikan ini. Kita tidak boleh menganggap kemudahan ini sebagai hadiah semata-mata. Sebaliknya kita hendaklah menerima kemudahan ini sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang dengan harapan supaya tuan-tuan dan puan-puan berupaya menyumbang balik kepada negara dan rakyat selepas tamat belajar kelak dalam bentuk kualiti perkhidmatan yang jauh lebih baik daripada apa yang tuan puan beri pada masa ini. Sempena tahun baharu 2019 yang baru sahaja membuka tirainya, Ketua Setiausaha Negara telah menggariskan enam amanat penting iaitu: 1. Pembaharuan yang berterusan. Permulaan tahun baharu tidak bermaksud meninggalkan segala yang telah berlalu, tetapi meneruskan aspirasi bagi memperkemaskan perkhidmatan awam. 2. Do the right thing right the first time. Kesalahan atau kesilapan bukan satu pilihan. Budaya kerja berintegriti, menepati janji dan masa serta amanah dalam setiap tindakan adalah faktor kecemerlangan perkhidmatan awam. 3. Memodenisasikan penyampaian perkhidmatan. Prosedur sedia ada harus diteliti kewajarannya bagi memastikan ia sentiasa relevan. Media sosial harus dimanfaatkan untuk penyampaian yang lebih cepat dan tepat. 4. Perkhidmatan yangmesra rakyat. Perkhidmatan kerajaan perlu mesra rakyat dan harus sentiasa menghulur bantuan. Jangan biarkan rakyat terus beranggapan bahawa urusan dengan kerajaan merupakan sesuatu yang rumit, membazir masa dan menyusahkan. 5. Cabaran persekitaran global. Penjawat awam harus sentiasa bersedia sebagai penggerak utama dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran semasa dengan memastikan tidak berlaku pembaziran sumber. Segala peruntukan perlu dibelanja dengan optimum serta berhemah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy