Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

16 Malaysia Kesebelas (RMK11) juga turut memberi perhatian kepada aspek memperkasakan modal insan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkanmodal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan berinovatif seperti digariskan di dalam Tonggak Keempat dokumen kajian separuh penggal tersebut. Pada hari ini, nilai penajaan dan kemudahan yang diberikan kepada penerima HLP dalam Ringgit Malaysia amat tinggi jumlahnya dari RM25,000.00 hingga RM120,000.00 seorang untuk pengajian di peringkat Sarjana dan PhD dalam negara. Manakala, RM210,000.00 sehingga ke RM800,000.00 seorang diperuntukkan untuk menaja pengajian Sarjana dan PhD di luar negara. Elaun dan kemudahan yang ditawarkan bukan sahaja kepada pegawai namun turut meliputi ahli keluarga pegawai. Jumlah yang saya sebutkan tadi tidak termasuk gaji penuh yang diterima oleh pegawai HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa di sepanjang tempoh pengajian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy