Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

15 Pilihan adalah di tangan tuan-tuan dan puan-puan. Bertindak dan bertindak, perubahan akan tetap berlaku. Gunalah peluang ini untuk menimba ilmu dan meningkatkan kompetensi melalui skills set tertentu secara professional dan juga sebagai individu untuk sama-sama membangunkan negara melalui pekhidmatan awam yang agile kepada perubahan dan cabaran di masa hadapan. Dalam hal ini, sukacita saya ingin quotes kata-kata dari seorang ahli falsafah dan ahli futurisme iaitu Mr. Alvin Toffler : “The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn.” Negara kita pada masa ini berada pada titik akhir dalam perjalanan menuju ke arah mencapai Wawasan 2020 . Sebagai panduan untuk mencapai wawasan ini, salah satu penekanan dalam Misi Nasional ialah pembangunan modal insan kerana kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki sama ada dari segi intelek atau keperibadian. Nilai modal insan inilah yang akan mencorakkan hala tuju negara. Pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi kerana ia merupakan prasyarat yang penting dalam membina negara yang lebih berdaya saing dan maju. Dalam konteks Malaysia baharu pada hari ini, dapat dilihat bahawa Kerajaan benar-benar serius dalam usaha memperkasakan modal insan ke arah mengharungi persekitaran ekonomi yang semakin mencabar. Komitmen kerajaan ini diterjemahkan dalam bentuk peruntukan biasiswa yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2019 pada bulan November yang lalu. Peruntukan biasiswa sebanyak RM2.2 bilion telah diperuntukkan kepada JPA, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan bagi menaja pelajar dan pegawai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, Kajian Separuh Penggal Rancangan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy