Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

14 dengan Data Raya atau Big Data , Revolusi Industri Keempat atau IR4.0 dan Internet of Things. Evolusi perubahan teknologi dunia pada hari ini sangat pantas, penuh dengan sesuatu yang tidak dapat dijangka. Perkara yang impossible pada suatu masa dahulu boleh menjadi kenyataan pada masa hari ini. Perkembangan teknologi seperti Internet Of Things (IoT), Artificial Intelligent (AI) , robot dan Big Data telah mengubah cara hidup manusia, cara berfikir dan cara bertindak. Justeru dengan pelbagai inovasi dan teknologi terkini maka wujudlah perkembangan Revolusi Industrial 4.0 (IR4.0) dan yang terbaharu Society 5.0 iaitu super-smart society yang dipelopori oleh Negara Jepun. Melihat kepada perkembangan ini, untuk terus relevan sebagai penjawat awam, kita perlulah sama-sama bergerak. Persoalannya sepantas mana kah kita harus bergerak seiring dengan perubahan teknologi? Itu merupakan cabaran kepada kita di dalam mengharungi arus persekitaran dunia teknologi yang unpredictable and uncertain dan pada masa yang sama mengekalkan nilai-nilai peradaban manusia. Sebagai penjawat awam, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan adalah merupakan sesuatu cabaran kerana keupayaaan ini lah yang akan membezakan diri kita dengan yang lain. Pada masa kini, kaedah tradisional dan konvensional semakin hilang dan tidak relevan. Selari dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat, way of doing things dalam penyampaian perkhidmatan juga telah berubah. Justeru, untuk terus maju dan berdaya saing penjawat awam perlu terus menyesuaikan diri dengan perubahan. Konsep learn, unlearn dan relearn menekankan agar kita fokus kepada yang penting dan menjadi keutamaan, melepaskan ilmu, amalan dan peraturan lama yang tidak lagi relevan sebaliknya terus proaktif meneroka, mencipta dan mempelajari perkara-perkara baharu untuk terus memacu persaingan ke peringkat baharu yang lebih kompetitif.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy