Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

13 Selaras dengan Tonggak Ke-Empat Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas , iaitu memperkasakan modal insan melalui pendedahan kepada inovasi dan teknologi baharu, JPA menyahut saranan ini dengan meningkatkan bilangan kuota pegawai mengikuti pengajian ke luar negara daripada 10 pegawai kepada 26 orang pegawai (lebih kurang lima peratus daripada jumlah slot penawaran) pada sesi penawaran tahun ini di dalam pelbagai bidang pengajian mengikut keutamaan negara. Jumlah kuota ini akanditambahpada sesi penawaran akandatang. Ini adalah sebagai salah satu usaha Kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan awam yang mempunyai anjakan pemikiran global yang sentiasa bersedia dan mampu menerima cabaran menghadapi perubahan dunia semasa yang pantas bergerak ke hadapan. Selain itu, penawaran kali ini juga terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun yang sebelumnya, yang mana seramai lapan (8) pegawai telah ditetapkan untuk menyambung pengajian di negara Jepun. Penetapan ini dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa Dasar Pandang Ke Timur 2.0 dengan mempelajari dan menerima guna amalan terbaik daripada Negara Jepun, khususnya melalui penerapan pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyedari akan keperluan bentuk pengajian yang seiring dengan perkembangan semasa dunia, penawaran pada kali ini turut dibuka kepada pegawai yang berminat untuk mengikuti pengajian Doctor of Business Administration (DBA) dan Program Dual PhD yang dijalankan di Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Dari segi bidang pengajian, kita sedar bahawa dewasa ini lanskap baharu dunia diwarnai dengan pelbagai tuntutan dan hambatan lebih-lebih lagi dengan dunia digital tanpa sempadan. Oleh yang demikian, selain daripada bidang-bidang pengajian yang telah diunjurkan bagi setiap kumpulan Skim Perkhidmatan Gunasama dan Bukan Gunasama, penekanan adalah lebih diberikan kepada pegawai untuk mengikuti pengajian dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT terutamanya yang berkaitan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy