Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

8 dalam kita menghadapi cabaran semasa. YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa bagi mengekalkan keharmonian negara menerusi perpaduan nasional, kerajaan akan menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dan mewujudkan Indeks Perpaduan Nasional sebagai instrumen untuk memantau tahap perpaduan dan keharmonian. Berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2018 , Malaysia berada pada kedudukan ke-25 daripada 163 negara berbanding di tangga ke-29 pada tahun lalu. Malaysia merupakan satu daripada lima negara teraman di rantau Asia Pasifik dan ini membuktikan bahawa toleransi kaum di negara ini berada pada tahap tertinggi. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak media sosial digunakan untuk melontarkan komen yang tidak sensitif secara terbuka yang boleh menggugat perpaduan antara kaum. Sejarah negara membuktikan Malaysia terbentuk hasil daripada permuafakatan antara kaum di bawah konsep toleransi. Sikap hormat-menghormati membolehkan Malaysia mencapai keamanan hingga kini menghampiri 62 tahun pada tahun ini. Seperti kata Confucius : “Without feelings of respect, what is there to distinguish men from beasts?“ Penjawat awam diingatkan untuk tidak terlibat dalam memberikan komen atau status yang menjelikkan di media sosial seperti facebook, instagram, twitter ataupun medium perhubungan yang lain yang boleh menggugat perpaduan dan imej kerajaan. Tindakan kita sebagai penasihat kepada pemerintah adalah penting, bukan sahaja sebagai pencetus idea inovatif yang mampu melonjakkan imej Perkhidmatan Awam sebagai sebuah perkhidmatan yang terunggul di peringkat global, malah berperanan membendung sebarang isu negatif yang mampu juga menggugat kemakmuran negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy