Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

7 negara maju. Laporan Produktiviti bagi tahun 2018 yang diterbitkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) meletakkan nilai produktiviti bagi seorang pekerja di Malaysia untuk tahun 2017 pada 3.8% iaitu melepasi sasaran pertumbuhan produktiviti tahunan yang ditetapkan iaitu 3.7% 2 . Menurut laporan Global Competitiveness Report oleh MPC tahun 2018, Malaysia berada di kedudukan 25 daripada 140 buah negara dari segi daya saing global. Lima teras strategik utama Malaysia Productivity Blueprint (MPB) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu: i. Pembangunan tenaga kerja masa hadapan; ii. Pemacuan pendigitalan dan inovasi; iii. Menjadikan industri bertanggungjawab terhadap produktiviti; iv. Pemupukan ekosistem yang teguh; dan v. Pencarian mekanisme pelaksanaan yang kukuh. Waktu Bekerja Fleksi (WBF) telah mula dilaksanakan secara rintis pada 1 Mac 2019 bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam kalangan penjawat awam. Perkhidmatan Awam perlu menjadi pemangkin yang membolehkan sektor swasta menjana produktiviti mereka ke tahap yang terbaik. Kedua-dua sektor, kerajaan dan swasta perlu membina sinergi bak aur dengan tebing dan bukannya laksana enau dalam belukar , cuba meraih kejayaan bersendirian. Kepelbagaian kaum mewarnakan Malaysia. Identiti Malaysia yang unik di mata dunia merupakan kekuatan kita dan ia perlulah dipelihara. YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1995 telah berkata: manusia yang lemah sekalipun jika bersatu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah peri pentingnya perpaduan 2 Bagi tahun 2017, nilai produktiviti bagi seorang pekerja adalah RM81,268 iaitu peningkatan produktiviti sebanyak 3.8% berbanding dengan nilai pada tahun 2016 iaitu RM78,294, yang mana nilai tersebut melepasi sasaran pertumbuhan produktiviti tahunan yang ditetapkan iaitu 3.7%.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy