Kesejahteraan Sosial
02 INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI 57 6.0 PENUTUP Model Intervensi Krisis RPSD merupakan garis panduan lengkap untuk membantu kaunselor mengendalikan krisis. Ia juga diintegrasikan dengan secara teknologi digital. Aplikasi mudah alih yang disediakan ini membantu pengendalian krisis secara segera, praktikal dan mudah untuk diakses oleh pengguna sesuai mengikut konteks Masyarakat di Malaysia. Aplikasi ini memainkan peranan dalam pencegahan daripada kesan krisis berpanjangan dengan mengintegrasikan elemen psikopendidikan seperti maklumat berkaitan krisis, soal selidik intensiti dan simptom krisis, teknik relaksasi serta maklumat sokongan. Aspek intervensi dalam aplikasi mudah alih ini disediakan melalui sesi interaksi dua hala antara kaunselor atau petugas barisan hadapan dan klien atau individu krisis di samping menyediakan pelaporan yang lengkap. Arkib maklumat yang tersedia membolehkan usaha pemulihan dan susulan atau rujukan kes dibuat beserta pelaporan intervensi. Tidak ketinggalan senarai sumber sokongan yang tersedia untuk kegunaan bagi tujuan pemulihan segera. Beberapa syor mencadangkan arus baharu pengurusan krisis kebangsaan yang lebih strategik dan manusiawi melalui penggunaan Model intervensi krisis RPSD sebagai kerangka utama. Ia sesuai dimasukkandalampelan tindakanagensi seperti Dasar KesihatanMental Negara, Pelan Pemulihan Sosial, atau program intervensi komuniti pasca krisis. Integrasi aplikasi mudah alih boleh digunakan secara kolaborasi dengan pelbagai agensi yang terlibat dengan profesion menolong seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam, pertubuhan sukarela dan sebagainya. Pangkalan data klien seperti maklumat intensiti dan simptom krisis yang tersimpan dalam aplikasi ini membantu pihak yang menawarkan perkhidmatan menolong merangka dasar intervensi yang lebih berkesan di samping memantau tahap kesejahteraan individu yang dibantu. Memandangkan penggunaan aplikasi mudah alih ini memerlukan akses internet yang stabil dan penyelenggaran teknikal berterusan, maka sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam penawaran khidmat bantu sangat diperlukan. Peranan ini perlu dalam menetapkan standard keselamatan bagi memastikan privasi dan kerahsiaan data pengguna aplikasi mudah alih ini dipelihara dengan selamat. Justeru, model intervensi krisis RPSD yang digunakan sama ada melalui aplikasi mudah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy