Kesejahteraan Sosial
50 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 5.0 SYOR DASAR 5.1 Penggubalan Dasar Kebangsaan Intervensi Krisis Psikososial RPSD Penggubalan Dasar Kebangsaan Intervensi Krisis ini merupakan langkah strategik yang penting bagi mewujudkan sistem pengurusan krisis yang lebih bersepadu, responsif dan mampan di Malaysia. Ini dapat direalisasikan dengan mewujudkan satu kerangka nasional yang sistematik dan berstruktur bagi intervensi krisis psikososial menggunakan pendekatan RPSD, yang boleh dilaksanakan merentas agensi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat. Dengan ini adalah dicadangkan agar satu garis panduan lengkap intervensi krisis perlu diperkenalkan kepada semua kaunselor dan individu yang membantu kes-kes krisis di agensi- agensi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling. Ia selaras dengan perkhidmatan kaunseling yang memerlukan kaunselor membantu kes- kes krisis seperti di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain. 5.2 Mengintegrasikan Teknologi Digital dalam Intervensi Krisis Memperkenalkanmodel intervensi krisis RPSD (M-RPSD)melalui integrasi teknologi digital. Aplikasi mobile intervensi krisis ini merupakan inovasi berbentuk kit lengkap yang dilengkapi garis panduan untuk membantu klien dalam situasi krisis. Ia disediakan dalam dua ciri utama yang disesuaikan untuk kaunselor dan klien. Melalui aplikasi ini kaunselor dapat memberikan intervensi secara segera dan praktikal kepada klien. Ia juga berfungsi untuk menyimpan maklumat kaunselor serta data klien, dengan reka bentuk interaktif yang sesuai untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi dan mengurangkan impak krisis. Aplikasi ini juga selaras dengan Dasar Kesihatan Mental Negara (DKMN) dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG3). i. Menggunakan prinsip intervensi krisis iaitu ringkas, mudah dan tepat, inovasi, praktikal, segera dan mempunyai ekspektasi hasil positif. Ia selaras dengan DKMN untuk memperluas capaian kepada
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy