Kesejahteraan Sosial

46 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL pemulihan, serta memperkukuh sokongan psikososial kepada individu dan komuniti yang terkesan. Justeru intervensi krisis RPSD dilihat sebagai model yang sesuai diperkenalkan untuk diaplikasikan dalam menangani isu krisis dalam kalangan masyarakat Malaysia. 4.3 Mengintegrasikan Teknologi Digital Model intervensi krisis RPSD juga diintegrasikan menggunakan teknologi digital. Ia menghasilkan aplikasi mudah alih intervensi krisis RPSD yang boleh dimuat naik dalam Google Playstore dan Apple Play Store . Aplikasi ini merupakan platform membantu mengendalikan kes krisis secara mudah di akses, mesra pengguna, praktikal, cepat dan privasi dalam menangani kes-kes krisis. Secara keseluruhan, majoriti pengguna amat berpuas hati dengan penggunaan aplikasi M-RPSD. Rajah 6 adalah fungsi aplikasi mudah alih bagi pengguna atau klien dan kaunselor. Ia melibatkan log masuk klien yang boleh mengakses kaunselor mengikut bidang kepakaran, membuat temu janji bersama kaunselor, menerima intervensi sokongan bersama kaunselor, mengenal pasti intensiti dan simptom krisis serta mendapatkan sokongan dan daya tindak. Manakala log masuk kaunselor ayau petugas barisan hadapan melibatkan maklumat berkaitan penggunaan model intervensi krisis RPSD, menerima temu janji bersama klien, memberikan intervensi krisis, memberikan sokongan dan psiko pendidikan, menaksir intensiti dan simptom krisis klien, membuat laporan, menyimpan dalam arkib semua laporan yang telah disediakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy