Kesejahteraan Sosial
06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 153 4.2 Kendiri ( Self ) Tema kedua yang diperolehi adalah kendiri ( self ) dengan dua sub- tema iaitu kepercayaan dan komitmen. Hal ini dapat dibuktikan melalui jawapan beberapa subjek dalam temu bual yang dijalankan. Jadual 2.0 : Jadual Sub-tema Bagi Tema Kendiri ( self ) Kendiri ( Self ) Sub-tema 1 (Kepercayaan) Sub-tema 2 (Komitmen) Daripada pernyataan tersebut, majoriti subjek bersetuju bahawa elemen kendiri penting dalam mewujudkan kesejahteraan keluarga. Menurut Dietz (2011) serta Patent dan Searle (2019), kepercayaan ( trust ) ditakrifkan sebagai keyakinan yang diharapkan dalam sesuatu situasi yang membawa kepada kesediaan untuk menerima apa jua hasil atau akibat. Kepercayaan juga berkait secara langsung dengan kesejahteraan serta kesihatan individu (Young & McGrath, 2021). Oleh itu, elemen kepercayaan antara pasangan juga memberi kesan positif kepada hubungan perkahwinan. Hal ini dipersetujui oleh Mohsin dan Shabbir (2013) yang menyatakan hubungan yang terjalin dengan kepercayaan membuatkan individu berfikiran positif terhadap pasangannya. Kepercayaan juga mempunyai kesan yang berkekalan kepada individu di mana kepercayaan yang tinggi akan memberikan kesan positif dalam hubungan rumah tangga (Holmes & Rempel, 1989). Selain itu, elemen komitmen sememangnya penting dalam rumahtangga. Aspek komitmen adalah kunci kebahagiaan pasangan, terutamanya dalam menangani konflik perkahwinan. Komitmen bukan sahaja melibatkan kesetiaan antara pasangan, tetapi juga penglibatan aktif dalam usaha untuk memperbaiki dan mengukuhkan hubungan. Komitmen yang tinggi dapat mengurangkan risiko perceraian dan meningkatkan kepuasan dalam perkahwinan (Ahmad Hariri & Raihanah, 2021). Sehubungan dengan itu, dalam institusi kekeluargaan, membina komitmen yang kukuh antara pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian keluarga (Haikal et al., 2024).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy