Kesejahteraan Sosial

152 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.1 Interpersonal Tema pertama yang diperolehi dari hasil kajian ini adalah komponen interpersonal dengan dua sub-tema iaitu komunikasi berkesan serta sistem sokongan dan hubungan sosial. Hal ini dapat dibuktikan melalui jawapan beberapa subjek dalam temu bual yang dijalankan. Jadual 1.0 : Jadual Sub-tema Bagi Tema Interpersonal Interpersonal Sub-tema 1 (Komunikasi berkesan) Sub-tema 2 (Sistem sokongan dan hubungan sosial) Dapat dilihat bahawa elemen interpersonal penting dalam mewujudkan keluarga bahagia sekali gus mengelakkan konflik dalam rumah tangga. Hal ini turut disokong oleh Nuraini dan Marziah (2021) yang menyatakan bahawa penyelesaian konflik rumah tangga yang berkesan adalah dengan berkomunikasi. Menurut Ninawati (2018) pula, aspek komunikasi dapat mencapai dan membentuk sebuah keluarga yang sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas ihsan). Justeru, aspek komunikasi perlu diberi perhatian penuh oleh pasangan suami isteri dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Bahkan, komunikasi interpersonal dapat memberi ruang yang baik antara pasangan berbincang dan berkongsi pendapat dalam menguruskan konflik (Luthfi, 2017). Dalam aspek sistem sokongan sosial pula, Hwang (2017) ada menyatakan keganasan fizikal yang sering berlaku dalam kalangan wanita disebabkan oleh tahap pendidikan mereka yang rendah dan sistem sokongan sosial yang terhad. Manakala menurut Abd Manaf (2023), keganasan rumah tangga juga akan berlaku apabila terdapat permasalahan dalam sumber kewangan dan kekurangan sistem sokongan dalam menangani cabaran rumah tangga. Oleh itu, dapat dilihat bahawa elemen interpersonal yang merangkumi aspek komunikasi berkesan serta sistem sokongan dan hubungan sosial amat penting dalammengurus konflik dan mencapai kesejahteraan keluarga.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy