Kesejahteraan Sosial
150 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL mengenal pasti setiap tema yang didapati daripada subjek (Vaismoradi et al., 2016). Kawasan kajian melibatkan lima zon utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Barat dan Tengah. Pemilihan lokasi ini bertujuan memastikan kepelbagaian konteks sosio-budaya dan ekonomi yang boleh mempengaruhi dinamika kebahagiaan dalam rumah tangga. Informan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan ( purposive sampling ), dengan menumpukan kepada pasangan yang menunjukkan skor tinggi dalam instrumen penilaian kesejahteraan perkahwinan awal (pra-saringan), sekaligus melayakkan mereka untuk dijadikan subjek kajian utama. Seramai sepuluh pasangan suami isteri terlibat dalam kajian ini, dipilih berdasarkan ciri-ciri rumah tangga yang stabil, harmoni dan bebas daripada konflik yang kronik. Menurut Spencer dan Spencer (1993, dalam Ghazali & Sufean, 2021), bilangan tujuh hingga sepuluh responden dianggap mencukupi untuk kajian kualitatif yang mendalam dan signifikan. Selain itu, kajian turut melibatkan lima orang pakar dalam bidang perkahwinan dan kekeluargaan sebagai informan pakar bagi memperoleh pandangan profesional dalam pembentukan kerangka konsep model. Bagi memastikan ketepatan dan kesahan data, kajian ini menggunakan kaedah triangulasi, yang merangkumi temu bual separa berstruktur, analisis dokumen, serta sokongan data melalui analisis kandungan dan tematik. Temu bual dijalankan secara mendalam dan direkod serta ditranskripkan untuk dianalisis. Analisis dijalankan secara manual dan menggunakan perisian NVivo 11 bagi membantu pengecaman corak dan pengkategorian tema. Analisis tematik dipilih sebagai kaedah utama dalam mengenal pasti tema-tema penting yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Menurut Forman dan Damschroder (2008), kaedah ini sesuai untuk kajian yang bertujuanmembina pemahaman yangmendalam terhadap pengalaman subjek. Holt dan Tamminen (2010) turut menyokong pendekatan ini sebagai salah satu kaedah terbaik dalam pembangunan model dan pembinaan teori berdasarkan data. Proses ini melibatkan pengecaman idea atau kod yang kerap diulang oleh peserta kajian dan menunjukkan makna yang signifikan dalam konteks penyelidikan (Vaismoradi et al., 2016).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy