Kesejahteraan Sosial
06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 149 Oleh itu, terdapat satu keperluan untuk membangunkan satu model kebahagiaan pasangan yang bersifat komprehensif dan berasaskan budaya tempatan, bagi menyokong dasar-dasar sedia ada serta memperkukuh institusi keluarga di Malaysia. 3.0 METODOLOGI Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti konflik rumah tangga yang wujud dalam kalangan pasangan di Malaysia dan seterusnya membangunkan sebuah model kebahagiaan pasangan yang bersifat holistik. Kajian ini melibatkan beberapa fasa kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif. Penyelidik membahagikan lokasi kajian kepada lima zon utama iaitu Utara, Selatan, Timur, Barat dan Tengah di semenanjung Malaysia di mana fokus adalah kepada informan atau sampel yang mempunyai skor tinggi untuk instrumen yang diedarkan bagi melayakkan mereka menjadi sebahagian dari sampel kajian yang terpilih. Kaedah persampelan yang digunakan oleh pengkaji ialah persampelan bertujuan (purposive sampling). Sebanyak sepuluh pasangan yang terlibat bagi mengenal pasti rumah tangga yang mempunyai tahap kebahagiaan dan hubungan yang harmoni. Menurut Spencer dan Spencer (1993) di dalam Ghazali dan Sufean (2021), pemilihan tujuh orang subjek kajian adalahmemadai untuk memperoleh data kualitatif yang bernilai. Selain itu, data diperolehi menerusi temubual melibatkan lima orang pakar dalam bidang perkahwinan dan keluarga bagi memperolehi tema dalam membentuk kerangka konsep model ini. Kajian ini menggunakan triangulasi merangkumi kaedah analisis dokumen dan temu bual. Data dikutip menggunakan kombinasi temubual terhadap responden yang terpilih. Reka bentuk kualitatif ini juga membuat perolehan data melalui analisis tematik dan analisis perisian NVIVO 11 . Analisis kandungan dan analisis tematik yang dikelaskan di bawah reka bentuk deskriptif kualitatif merupakan teknik yang digunakan untuk menganalisis data dan mengeluarkan tema (Forman & Damschroder, 2008). Menurut Holt dan Tamminem (2010), analisis tematik merupakan teknik terbaik dalam membangunkan model dan mengeluarkan teori daripada data. Proses ini melibatkan pengumpulan sesuatu idea atau tema yang diulang secara kerap oleh subjek. Hal ini dapat dilihat apabila tema itu merupakan kod atau idea yang mempunyai titik persamaan yang sama untuk menjawab dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy