Kesejahteraan Sosial
146 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN ABDUL RASHID ABDUL AZIZ, PhD Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia rashid@usim.edu.my NUR A’IN MUSTAFAR Universiti Sains Islam Malaysia ainmustafar98@gmail.com NURUN NAJIHAH MUSA Universiti Sains Islam Malaysia nurunmusa98@gmail.com 1.0 PENGENALAN Alam perkahwinan memberi gambaran indah kehidupan kepada setiap pasangan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Setiap pasangan pasti mengimpikan sebuah rumah tangga yang sejahtera dan harmoni di mana mereka dapat membina kehidupan yang sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas ihsan). Keluarga yang seumpama ini bukan sahaja menjadi asas kebahagiaan dalam rumah tangga tetapi juga menjadi teladan dalam membentuk masyarakat yangharmoni dan sejahtera. Secara takrifnya, kesejahteraan keluarga dirujuk sebagai suatu keadaan keluarga di sesebuah negara yang berada dalam keadaan selamat, sihat, aman, selesa, harmoni dan memuaskan (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara-LPPKN, 2019). Keluarga juga secara sinonimnya ialah rumah tangga dan ia merupakan satu institusi sosial yang berasas kerana keluarga menjadi penentu utama kepada pembentukan sesebuah masyarakat (Sufean & Jamaluddin, 2004). Keluarga berfungsi dalam membentuk dan menyemai aspek-aspek positif dalam diri individu mahupun pasangan yang seterusnya membentuk kehidupan rumah tangga yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosialnya. Justeru, secara fitrahnya setiap insan mendambakan keluarga yang bahagia dan sejahtera.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy