Kesejahteraan Sosial

130 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Berdikari 22 (88%) 0.88 Total Keseluruhan Skor Tahu Mengawal Emosi 22 (88%) 0.88 4.1.3 Skor Domain Tahu Mengguna Emosi Hasil dapatan kajian bagi domain tahu mengguna emosi menyaksikan majoriti murid-murid prasekolah mencatatkan skor yang tinggi iaitu 80 peratus atau kira-kira 20 orang murid-murid prasekolah yang berjaya menguasai kesemua tahap yang terdapat di dalam domain tahu mengguna emosi. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut tahap seperti yang berikut di mana kesemua murid prasekolah seramai 25 orang atau 100 peratus berjaya menguasai elemen tahap pertama bagi domain tahu mengguna emosi manakala dalam elemen tahap kedua domain tahu mengguna emosi menyaksikan seramai 22 orang murid prasekolah atau kira-kira 88 peratus berjaya menguasainya. Akhir sekali, seramai 20 orang responden atau kira-kira 80 peratus murid- murid prasekolah berjaya menguasai elemen tahap ketiga di dalam domain tahu mengguna emosi. Jadual 4.5 menunjukkan skor tahap domain tahu mengguna emosi murid-murid prasekolah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy