Kesejahteraan Sosial
04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 115 6.0 PENUTUP Penyelesaian cabaran yang dihadapi oleh jurutera wanita dan peningkatan kualiti kemudahan penjagaan kanak-kanak memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu melibatkan pelbagai pihak. Dalam konteks ini, usaha bersepadu dari pihak kerajaan, majikan, dan komuniti kejuruteraan adalah sangat penting. Program sokongan yang komprehensif, dasar-dasar yang adil, dan perubahan budaya tempat kerja perlu diperkenalkan untuk memastikan jurutera wanita dapat memanfaatkan potensi penuh mereka dalam sektor awam. Ini termasuk menyediakan persekitaran kerja yang lebih inklusif dan fleksibel, yang membolehkan wanita menyeimbangkan tanggungjawab kerja dan keluarga tanpa menghadapi tekanan yang tidak perlu. Selain itu, penguatkuasaan dan pemantauan yang berkesan adalah aspek kritikal dalam memastikan kejayaan insentif cukai yang diberikan untuk kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Bagi memastikan bahawa kemudahan yang disediakan memenuhi standard yang ditetapkan, penubuhan badan pemantau khas adalah penting bagi melaksanakan strategi pemantuan yang berkesan. Kerjasama antara agensi yang terlibat, peningkatan latihan, serta penyediaan saluran aduan yang berfungsi dengan baik adalah kunci untuk memastikan insentif ini benar-benar memberikan manfaat kepada ibu bekerja dan meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Penguatkuasaan yang lemah berisiko menggagalkan pencapaian matlamat inisiatif ini. Di samping itu, penglibatan sektor swasta dan awam dalam penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak melalui strategi perkongsian kos dan sumber, pembangunan infrastruktur bersama, dan pengurusan bersama mempunyai potensi besar untuk memperluaskan capaian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Kerjasama ini bukan sahajamemperkenalkan kepakaran dan inovasi tetapi jugamemastikan bahawa kemudahan penjagaan kanak-kanak disediakan secara efektif dan memenuhi standard yang ditetapkan. Dasar yang menyokong kerjasama ini, termasuk insentif kewangan, sokongan perundangan, dan pemantauan yang berkesan, adalah penting untuk memastikan bahawa manfaat kerjasama awam-swasta dinikmati oleh ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy